Saturday 10 September 2011

Walaupun guna blogspot tetap digelar Webmaster


Webmaster. apa itu webmaster? Webmaster ialah orang (manusia) yang membina atau menguruskan suatu laman web atau blog. itulah definasi dia... simple je. Jadi aku ni webmaster la ye? hahaha.. Jangan percaya 100% cite aku ni.. korang boleh gooogal kat What is Webmaster

Kalau dah gooogal baru leh caya cakap aku. Jadi kalau dah jadi webmaster tu kira tere la ye.. hihi.. tak la kan, kita cuma insan yang biasa je, takde yang hebatnya.

Aku nak tanya korang, kalau korang ni blogger, korang buat blog untuk ape? Untuk suka suki ke atau untuk buat duit? Kalau tanya aku, aku memang nak buat duit la. Tapi aku rasa blog aku yang ni untuk suka2 je kot, untuk meramaikan geng geng blogger kat Malaysia ni dan cari member2 baru dalam dunia blogging. Lagipun, blog ni free je kan nak setup.. jadi nothing too lose la..

Hmm.. berbalik cite pasal webmaster, aku sebenarnya dah 5 tahun dalam dunia internet ni. Aku dah buat macam2 dalam hal nak buat duit online atau bisnes online. Aku dah ada hampir 40 domain .com .net .info dan sebagainya.. cuma domain .my aku tak minat nak beli walaupun ia bagus. Aku tak minat nak beli sebab orang boleh whois siapa owner domain. Terus terang aku cakap, bagi aku memang susah nak senang dalam dunia Internet Marketer. Kalau korang rasa senang nak dapat duit 4 angka sebulan dalam dunia internet ni, korang memang aku respek.

Tersangatlah banyaknya cara nak buat duit online dalam dunia ni sampai tak tau mana satu yang nak buat dulu. Dari berblogging sampai lah ke MLM Online Marketing. Boleh dikatakan 1001 cara nak buat duit online ni. Tepuk dada tanya diri sendiri mana yang sesuai.

Aku ada juga beberapa teknik yang aku guna untuk buat duit online ni, nanti bila ada masa terluang bolehlah aku share dengan korang.. InsyaAllah.

bersambung di artikel lain..



Blog ni macam search engine jugak

Inilah Google Malaysia, kahkahkah. blog ni memang khas direka oleh pakcik google, dan dia telah memberi mandat pada aku untuk mengaktifkan blog ni sebaik mungkin. di harap korang jangan jeles dengan aku k. Dengan kepercayaan yang google bagi pada aku, aku berjanji akan memberi dan berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk menyampaikan info yang berguna pada korang sume. huhu..

Tidak ketinggalan juga info2 yang tak berguna untuk aku sampaikan pada korang supaya korang rasa blog aku ni lain dari yang lain. oh! sebelum aku terlupa, seperti yang korang tau, blog ni masih dalam pembikinan, jadi kalau korang rasa nak beli blog ni.. aku dengan berbesar hati akan menjualnya dengan harga yang berpatutan. aku akan mulakan dengan harga lelong kawan2 iaitu bermula dengan 1 million. itu adalah minimum harga yang aku boleh bagi.. kurang aku minta maaf la, takde masa nak layan. 

Dengan ini aku merasmikan blog gooogal ini dengan rasminya.